Singapura negara maju *winkwink*

Merlion 

Baiklah, kita mula kan perbincangan tentang Singapura ye rakan rakan? Okay, Gambar rajah di atas ialah Merlion. Nak tahu mengapa dinamakan Merlion? Sebenarnya MER adalah singkatan bagi MERmaid manakala LION pula adalah singa. Ye, saya sendiri tidak faham apakah sebenarnya kaitan antara Ikan duyung dan singa. Haih, ini semua adalah khayalan semata mata wahai rakyat jelata. Baiklah. Saya pergi ke Singapura dengan menaiki BAS sahaja. Ya, saya tak kaya seperti kamu semua. Saya tahu, kamu semua pergi ke sana dengan menaiki Kapal Terbang bukan? Maklumlah, saya pergi ke sana pun hanyalah mengikuti rombongan. Untuk pengetahuan anda semua, kami bertolak dari rumah tetapi bukan dari rumah sebenarnya. Okay, saya pun tak faham ape yang saya mengatakan. Baiklah, kami bergerak ke sana dari jam empat pagi. Ya, 4 pagi. Saya tahu, sangat awl bukan? Tetapi, hendak buat bagaimana lagi? Saya ini yg susah untuk bangun pun perlulah mencelikkan mata seawal tiga pagi setelah dikejutkan macam org gila oleh bibik saya untuk membersihkan diri a.k.a mandi. Okay, perjalanan kami mengambil masa selama 5 ke 6 jam ye rakan rakan. Sangat lama bukan? Emm, sudah takdir, tidak dapat diubah ubah lagi. Baiklah, setelah sampai ke dentinasi yang dituju, pakcik driver bas itu pun membawa kami melihat Merlion. Iye, tempatnya adalah sebiji seperti gambar di atas.

Makam Habib Noh
Luaran

Untunk pengetahuan anda semua, gambar di atas adalah Makam Habib Noh. Tak silap saya, dia adalah orang pertama yang memeluk islam. Kalau salah, jangan salahkan saya ya? Hee eh rakan rakan. Di situ juga terdapat banyak burung yang saya sendiri tidak tahu jenis apakah burung itu. Lihatlah:


Banyak bukan? Ya, saya sendiri pun takut hendak pergi ke situ. Kemudian, oh ya! Sebelum saya terlupa, tempat parking kereta di situ sangt lah cool ye rakan rakan. Betul tngok ini:

The parking.

Cool bukan? Itu Singapura rakan rakan, Malaysia tidak ada. Haih baiklah. Sambung kembali.. Baiklah, kemudian kami pergi pula ke destinasi yg seterusnya iaitu Kilang Coklat dan Arab Street. Saya hanya membeli air cokolat, hee.

Chocolate Factory

Arab Street
Okay, baik lah, bosan bukan cerita saya tentang Singapura negera maju. Lalala kamu bangga lah negara kamu maju. Emm Malaysia pun maju okay diam. Baiklah, setelah penat berjalan jalan ke sana sini, kami pergi pula ke Orchard Road yg langsung tidak ada apa apa di sana. Hanya membuang masa tahu? Tetapi, pada waktu malam, ianya sangat cantik rakan rakan. Maklumlah, hampir Christmas kan? :)Oh ya! Ada juga segelintir manusia yang tidak tahu malu membuat freeshow disitu. Sangat tidak malu -.-

Christmas Tree

Kangkang leg

Deer gedik gedik

Orchard Road <3

Org tayang body
Selepas satu hari melenguhkan kami kesana sini, akhirnya.. Tiba juga ke tempat yang saya tunggu tunggukan iaitu tempat penginapan kami. Untuk pengetahuan anda semua, hotel itu terletak berdekatan dengan tempat tempat pelacur tinggal. Euw menggelikan -.- Aaaaaaaaaaah!  Tak ingin mengingati kisah silam kembali :3 Baiklah, malam itu, ada saudara kami yang datang menjenguk kami di hotel tersebut. Mereka sangat baik. Siap bawakan kami murtabak, walaupun saya tidak makan makanan itu. Okay, kemudian saya pun tidurlah dengan lena. Mujurlah kami tidak diapa apakan. Hahaha. Jadi, keesokan harinya pula bermula kembali.. Sebenarnya saya sudah penat menaip. Tetapi demi pembaca saya, jadi saya akan usahakn sehingga ianya habis diolah. Baiklah, inilah hotel yang saya menginap:

Fragrance Hotel
Tepat jam 8 pagi, kami dikehendaki untuk turun ke lobi untuk bersiap sedia ke Universal Studio of Singapore. Gedebak gedebuk siap simpan simpan barang, kami pun berangkat ke Restoran Maimunah untuk mengisi perut. Kami dihidangkan lauk untuk dicekikkan bersama Nasi Lemak.
Restoran Maimunah
Selepas menjamah makanan yang dijamah, kami pun mulakan destinasi kami ke Universal Studio Singapore. Lalalala~ Check it out.


Sangat panjang bukan beratur. Haha, itu adalah seawal 9.50 pagi walhal USS buka jam 10.00 pagi. Aaaaaaah! Nasib baik di situ terdapat banyak kaunter yg dibuka. Syukur, alhamdulillah :D Selepas masuk USS, kami pun mulalah plan permainan yang manakah akan kami naiki dahulu. Dan, akhirnya kami pun memilih untuk menaik MUMMY sebagai pembuka hari di dalan USS.



Ya, sangat hodoh bukan muka laki laki itu -.- Bajet dia tinggi sangat lettuw~ Baiklah, sambung semula. Emm, takkan lah saya ingin menceritakan satu per satu sepanjang saya beradadi USS :/ Gila apa? Saya malas sebenarnya ingin menaip lagi. Baiklah, intuk menyenangkan kerja saya, lihatah ini. Terdapat pelbagai gambar yang mungkin anda sendiri tahu ape yang saya buat selama saya berada di USS ya :) Baiklah, selepas penat bermain di Universal Studio Singapore, kami pun bercadang untuk membeli belah. Ya! Itulah part yang paling digemari perempuan. So, diam :) Kami menjadi rambang mata walaupun ianya sangatlah mahal. Tetapi, demi membuat kenangan, cewah. Kami pun belilah barangan yang berpatutan. Lalalalalala, kami pun pulang semua ke bas jam 5.30 minit petang. Oh ya! Saya dan saudara saya dibebel-i oleh nenek saya kerana lewat dan blablabla. Malas mahu fikir. Saya pun naik angin tetapi, kite haruslah menghormati org yg lebih TUA drpd kita. Betul atau tidak rakan rakan? Hmph kami bertolak drpd Singapura jam 6 ptg dan tiba di Melaka jam 12.30 tgh malam. Woah, sangat dahsyat kan? Tetapi, keluarga kami dihantar oleh bas tersebut sehingga dihadapan pintu pagar rumah. Ini lagi dahsyat bukan? Hihi lepas pulang kerumah, saya ini yang tidaklarat untuk membasahkan diri, tetapi terus tukar baju tidur :3 Oh ya, saya tidur jam empat pagi. Ye, 4! Itu adalah disebabkan saya telah membuta di dalam bas sejak jam 8 malam sehinggalah sampai ke rumah. Okay, shhh. Itupun nasib baik sepupu saya sanggup mengorbankan masa mereka untuk berborak bersama saya. Aaaaaah, terharu sedikit. Haha,baiklah. Selepas itu saya tidur dan bangun semula dan mandi dan keluar. Kbye xx